1. Pengenalan
Di Malaysia,
perniagaan melalui sistem francais adalah satu bidang yang agak baru dan masih
lagi berkembang dalam skop yang tidak meluas. Namun begitu, kajian pasaran
menunjukkan bahawa sistem perniagaan francais merupakan perniagaan yang paling
cepat berkembang di peringkat global. Berdasarkan hal ini, kerajaan telah
mengenalpasti perniagaan francais sebagai satu di antara mekanisma yang paling
cepat dan berkesan dalam membangunkan usahawan-usahawan tempatan dan telah
menjadikan Program Pembangunan Francais sebagai satu di antara program utama
untuk membangunkan usahawan Bumiputera. Sehubungan itu, Program Pembangunan
Francais yang diperkenalkan pada tahun 1992, di bawah Unit Pelaksanaan dan
Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri kini merupakan salah satu sumber ekonomi
negara yang mampu memberikan nilai tambah ke arah merealisasikan Rancangan
Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Faktor kestabilan politik dan pengukuhan ekonomi
negara melalui pelbagai dasar ekonomi turut menyemarakkan lagi kerancakan
bidang perniagaan di Malaysia. Ini menyebabkan negara kita dilihat amat
berpotensi untuk membangunkan sistem perniagaan francais. Kerajaan Malaysia
menyedari hakikat ini dan sedang giat memperkasakan strategi pelaksanaan untuk
menjadikan francais sebagai pilihan utama usahawan yang berhasrat untuk
menceburi bidang perniagaan. Maka Perbadanan Nasional Berhad, telah diberi
mandat sebagai agensi di bawah Bahagian Francais dan Vendor, Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) untuk mengatur pelan pembangunan
industri francais secara lebih komprehensif. Tujuh strategi utama iaitu
promosi, program pakej khas, latihan, pembiayaan, pembangunan produk, jaringan
strategik, pembangunan dan penyelidikan diperkenalkan. Latihan ilmiah ini
secara khusus akan membincangkan perkembangan sistem francais di Malaysia. Ini
termasuklah dari aspek sejarah, kemajuan, hala tuju serta masa depan sistem
perniagaan ini pada masa depan. Perbincangan juga turut menyentuh aspek cabaran
dan halangan serta program-program penambahbaikan untuk memajukannya.
2.
Sejarah pembangunan
industri francais pada peringkat global dan Malaysia
Secara am, pada dasarnya
perkataan francais berasal daripada perkataan Perancis yang bermakna
‘kebebasan’ atau ‘pengecualian dari cukai’. Akan tetapi walaupun istilah francais
diambil dari bahasa Perancis, namun negara yang mempopularkan sistem ini adalah
Amerika Syarikat. Kejelasan maksud francais ini pula perlu merujuk kepada
definisi yang dikeluarkan oleh badan ataupun lembaga yang menjalankan sistem
francais ini, seperti pendapat International Franchise Association sebagai
sebuah lembaga gabungan pengusaha francais di Amerika Syarikat ataupun
lembaga-lembaga persatuan francais di setiap negara. Francais sebenarnya
merupakan bentuk pemasaran yang baharu dalam perniagaan dan keusahawanan,
disusun dalam bentuk organisasi yang lebih luas bagi mengembangkan pasaran.
Terbukti bahawa apa yang diusahakan dalam sistem francais ini adalah
memperbanyak kedai-kedai cawangan perniagaan ke pelbagai tempat, sama ada
barangan mahupun perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan yang lebih banyak
daripada penggunaan barangan dan perkhidmatan. Oleh itu ramai pihak yang akan
terlibat dalam satu usaha francais. Masalah ini menjadi satu cabaran bagi
pihak-pihak yang menceburkan dirinya ke dalam sistem francais agar dapat
menjaga hubungan baik antara pihak dan selalu membuat strategi yang tepat di
atas dasar kejujuran dan komitmen dalam perniagaan. Sejarah perkembangan
francais di dunia menjadi bukti bahawa bentuk francais yang sedia ada pada saat
ini merupakan pengembangan daripada sistem francais yang telah diterokai sejak
tahun 1850-an dan mula berkembang tahun pada 1950-an serta 1960- an di Amerika
Syarikat. Latar belakang dan matlamat daripada sistem ini adalah supaya
barangan yang dikeluarkan oleh satu kawasan dapat diedar dan dijual ke seluruh
bahagian lainnya. Pasaran francais negara kini
dianggarkan bernilai RM250 juta dengan kadar pertumbuhannya di tahap 3 peratus
setahun. Kadar ini dijangka melonjak kepada 30 peratus setahun menjelang tahun
2020. Perkembangan ini memberi peluang kepada peniaga bumiputera dalam sektor
industri kecil dan sederhana menyertai perniagaan sekaligus meningkatkan jumlah
bumiputera dalam perniagaan. Menurut anggaran Kementerian Pembangunan Usahawan,
di negara ini terdapat kira-kira 1200 francais yang beroperasi. Jumlah itu
merangkumi 311 francais yang dibangunkan menerusi program kementerian itu. Dari
segi statistiknya, bilangan itu bolehlah dianggap sebagai membanggakan walaupun
kerajaan sendiri masih belum berpuashati dengan bilangan itu. Ini terbukti
apabila Malaysia disenaraikan di tangga ke-21 dunia serta tangga kedua di Asia
selepas Jepun dalam pembangunan produk francais tempatan. Francais ertinya
kontrak atau perjanjian antara dua pihak (franchisor dan franchisee) yang
memberi pemegang francais (franchises) hak untuk mengendalikan perniagaan.
Mengikut sistem francais yang ditentukan oleh pemberi francais (franchisor)
selama tempoh yang ditentukan oleh pemberi francais. Hak mengendalikan
perniagaan ini merangkumi hak untuk menggunakan cap, atau rahsia dagangan, atau
apa-apa maklumat sulit atau harta intelektual, yang dipunyai oleh pemberi
francais atau berhubungan dengan pemberi francais. Franchisor merupakan
syarikat yang mempunyai sistem pemasaran yang telah terbukti berjaya. Sistem
francais digunakan oleh perniagaan-perniagaan berjaya untuk berkembang cepat
dan melipatkali gandakan keuntungan mereka dengan mengamalkan sistem yang
berjaya di lokasi baru. Sistem franchise membolehkan franchisor mengatasi
kekangan modal kerana modal disediakan franchisee ( Philip Kotler, 2011 ). Ini
bermakna perniagaan secara francais adalah satu kaedah pemasaran dan pengedaran
yang berasaskan hubungan dua pihak iaitu, francaisor (pemilik dan pemberi hak)
dan francaisi (penerima hak). Hak yang diberikan ini adalah bagi tujuan
menjalankan perniagaan menggunakan tanda nama atau tanda niaga milik francaisor
berkenaan berasaskan suatu sistem tertentu, di lokasi atau kawasan yang
ditetapkan dan dalam jangkamasa yang ditentukan, sebagaimana yang termaktub di
dalam perjanjian francais yang ditandatangani. Sebahagian besar daripada
perniagaan francais di Malaysia adalah dalam sektor makanan, perkhidmatan,
aksesori wanita, keperluan rumah dan telekomunikasi. Syarikat-syarikat yang
mengamalkan sistem francais termasuk McDonald, KFC, Hot Dog 1901, Kedai kasut
Bata, Pizza Hut, Kedai Cosway dan Kopitiam.
Sistem francais
dapat membina satu hubungan dan jaringan usahawan yang mantap dan sukar digugat
pesaing sekiranya objektif program difahami oleh semua usahawan
(francaisor-francaisi) yang terlibat dalam program ini. Melalui sistem francais
risiko dapat diminimakan dan diuruskan dengan lebih berkesan terutama bagi
usahawan yang baru menceburi dunia bisnes. Pengurusan risiko ini melibatkan
perkara-perkara yang terdedah kepada risiko seperti lambakan produk, stok
lapuk, pusingan kakitangan, penjenamaan yang lemah, produk dan kualiti yang
tidak berkualiti, kecairan tunai dan pengurusan kewangan yang lemah. Kepada
francaisor, stok dan sumber manusia dapat diuruskan dengan lebih cekap serta
dioptimakan berbanding jika membuka rangkaian ( outlet ) sendiri. Francaisor
juga tidak perlu membuat pelaburan yang tinggi untuk membuka rangkaian ( outlet
) di merata lokasi. Kepada francaisor, rangkaian francaisi memberikan peluang kepada
jenama francaisor berada di lokasi – lokasi yang tidak pernah atau tidak dapat
dimasuki kerana keadaan tertentu, francaisi mempunyai hubugan yang lebih baik
dengan pemilik dan pengurusan lokasi strategik atau lebih mengenali lokasi yang
ingin diterokai. Di peringkat permulaan terdapat francaisi yang tidak
berkeupayaan untuk mengajikan kumpulan pengurusan yang cekap dan berkelayakan
untuk membantu dalam operasi harian bisnes, tetapi melalui konsep francais,
francaisor dapat memberi panduan dan khidmat nasihat operasi bisnes secara
berterusan kepada francaisi, pada masa yang sama juga francaisor dapat memberi
sokongan khidmat nasihat kesetiausahaan dan perakaunan secara berkala atau
berjadual kepada francaisi pada kadar yang sangat minima. Suasana ekonomi yang
semakin mencabar telah menyebabkan kos bahan mentah, utiliti dan kadar upah
semakin meningkat, ini memberi kesan kepada margin keuntungan bisnes semua
industri, dan untuk meningkatkan harga julan produk dan perkhidmatan dalam
suasana ekonomi pada hari ini adalah sesuatu yang sangat sensitif malahan dikhuatiri
memberi persepsi negatif pelanggan terhadap imej bisnes, melalui sistem
francais, kecekapan bisnes dapat ditingkatkan pada masa yang sama kos dapat
diuruskan seterusnya diminimakan, dengan adanya rangkaian francaisi yang aktif,
francaisor dapat merancang pembelian bahan mentah, membeli secara pukal,
berkongsi kos untuk aktiviti –aktiviti pemasaran, merancang kakitangan mengikut
keperluan, membina jenama dalam pasaran untuk menarik perhatian pelanggan dan
seterusnya memindahkan kesemua penjimatan kos ini kepada rangkaian francaisi.
Sistem perniagaan francais
ini kurang dikenali di Malaysia sebelum tahun 1990-an, mula dikenali ramai di
Malaysia selepas kerajaan melancarkan Program Pembangunan Francais pada tahun
1992 dan selepas Persatuan Francais Malaysia (MFA) ditubuhkan pada tahun 1994.
Sejak diperkenalkan oleh kerajaan, perniagaan francais di Malaysia semakin
berkembang, pada tahun 1995 terdapat 125 sistem francais di Malaysia dan pada
tahun 2000 jumlahnya meningkat kepada 268, pada tahun 2003 jumlah francais
melonjak kepada 321. Berdasarkan perangkaan di Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) sehingga pertengahan tahun 2009 terdapt 374
sistem perniagaan francais berdaftar di seluruh negara, daripada jumlah itu 60
hingga 70 daripadanya dimiliki oleh ahli perniagaan bumiputera, sementara
selebihnya ialah milik bukan bumiputera. Pada tahun 2010 pula Bahagian
Pembangunan Francais (KPDNKK) menyenaraikan sejumlah 473 francaisor yang
berdaftardi bawah Akta Francais 1998. Kebanyakan daripada perniagaan francais
ini adalah dalam lima sektor utama iaitu sektor makanan, pakaian dan aksesori,
peruncitan, kecantikan dan kesihatan serta perhotelan. Perkembangan dalam
sistem perniagaan francais ini merupakan sesuatu yang membanggakan memandangkan
industri francias di Malaysia masih baru berbanding dengan negara-negara yang
lain. Pembangunan perniagaan francais di Malaysia banyak diperngaruhi oleh
peranan yang dimainkan oleh kerajaan. Program Pembangunan Francais ditubuhkan
pada tahun 1992 di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperari (MeCD)
untuk membangunkan industri francais di Malaysia terutamanya dari aspek
pembangunan keusahawanan dan pembangunan produk-produk francais tempatan,
kerajaan mengenalpasti perniagaan francais sebagai salah satu daripada
mekanisme yang paling cepat dan berkesan dalam membangunkan usahawan – usahawan
tempatan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan menjadikan Progeam Pembangunan
Francais sebagai salah satu program utama untuk membangunkan usahawan golongan
menengah bumiputera dan Masyarakat Perdangangan dan Perindustrian Bumiputera
(MPPB). Sejak penubuhan Pembangunan Francais pada tahun 1993 dan diikuti dengan
penubuhan Persatuan Francais Malaysia pada tahun 1994 senario industri francais
di Malaysia menampakkan perkembangan yang lebih pesat, pelbagai program dan
aktiviti dijalankan bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat serta usahawan
tentang potensi perniagaan francais di negara ini. Ekoran daripada itu, lebih
banyak produk dan perkhidmatan menggunakan pendekatan sistem francais.
Sehubungan dengan itu, Akta Francais Malaysia 1998 digubal dan dikuatkuasakan
bagi mengawal selia industri yang sedan berkembang pesar ini, di bawah
Rancangan Malaysia Ketujuh kerajaan menetapkan sasaran seramai 1,200 francaisi
dan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan pula kerajaan menyasarkan untuk
membangunkan seramai 1,000 francaisi dan 50 francaisor, sehubungan dengan itu,
bagi mencapai hasrat ini pelbagai aktiviti dijalankan untuk memberi kesedaran
kepada masyarakat tentang potensi dan peluang-peluang perniagaan francais di
Malaysia. Kerajaan meneruskan Program Pembangunan Francais, (MsCD) bekerjasama
dengan Persatuan Francais Malaysia dan agensi-agensi yang berkaitan
keusahawanan seperti Institusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CeDI),
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS),
apabila MeCD dimansuhkan pada tahun 2009, tugas untuk membangunkan industri
francais di Malaysia dipindahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang juga menyasarkan untuk membangunkan
kira-kira 50 francaisor tempatan dan 1,000 francaisi menjelang 2012. Perniagaan
francais di Malaysia semakin berkembang, antara bidang yang ingin dibangunkan
atau dikembangkan ialah bidang perkhidmatan, pakej francais mikro dan mobile
serta produk yang berteknologi tinggi dan berinovasi. Bidang perkhidmatan
meliputi bidang kecantikan dan andaman, perkhidmatan cucian dan
penyelenggaraan, jagan harian org tua dan kanak-kanak, hotel murah dan
lain-lain. Pakej francais mikro dan mobile akan menfokuskan produk perusahaan
kecil dan sederhana (SME), kios makanan, perkhidmatan kecantikan dan perkhidmatan
penyelenggaraan kenderaan bergerak. Produk berteknologi tinggi atau produk
berinovasi akan dikenalpasti melalui MOSTI dan MDEC.
5.
Sistem sokongan oleh pihak kerajaan dan swasta industri
francais di Malaysia
Sejak
pertengahan tahun 1992, kerajaan telah menerima pakai pendekatan pembangunan
francais sebagai salah satu cara untuk meningkatkan bilangan Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang merupakan antara agenda
terpenting di dalam Dasar Pembangunan Nasional yang menggantikan Dasar Ekonomi
Baru. Rentetan daripada itu, satu bahagian khusus yang dikenali sebagai
Bahagian Pembangunan Francais telah ditubuhkan di bawah Unit Penyelarasan
Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Seterusnya, Program Pembangunan Francais
(PPF) telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr.
Mahathir Mohamad pada 27 Januari 1994. Oleh yang demikian, dari segi sejarah,
penubuhan Bahagian Pembangunan Francais dan pelancaran PPF dibuat sebelum diwujudkan
Kementerian Pembangunan Usahawan, yang kemudiannya menjadi penaung kepada
kedua-duanya mulai 8 Mei 1995. Soalnya kenapa francais? Apalah sangat
kelebihannya jika dibandingkan dengan pendekatan perniagaan atau program
pembangunan usahawan yang lain? Umumnya, kelebihan rangkaian perniagaan yang
menggunakan sistem francais adalah berasaskan prinsip 5C iaitu;
I.
Consistency
(keseragaman)
II.
Competitiveness
(daya saing)
III.
Convenience
(keselesaan)
IV.
Cleanliness
(kebersihan)
V.
Courtesy
(layanan mesra).
Perniagaan francais
diasaskan kepada hubungan menang-menang di antara dua entiti usahawan, iaitu
francaisor dan francaisi. Hubungan ini secara amnya menghasilkan satu bentuk
perkongsian pintar di mana kedua-dua pihak memperoleh manfaat dan kelebihan
masing-masing. Bagi francaisor, di antara kelebihan sistem francais kepada
mereka aialah menerusi rangkaian sistem francais, francaisor dapat meningkatkan
keberkesanan pengurusan operasi dan menikmati skala ekonomi melalui pembelian
secara pukal serta perkongsian kos pengiklanan dan promosi secara berpusat. Ini
memungkinkan rangkaian berkenaan menawarkan harga barangan yang lebih
kompetitif serta melaksanakan aktiviti pengiklanan dan promosi dengan lebih
agresif, francais juga memungkinkan francaisor menembusi pasaran yang luas
dengan lebih cepat dan efektif (termasuk pasaran luar negara) tanpa melibatkan
modal yang besar, kerana sebahagian besar pelaburan ditanggung oleh francaisi.
Menerusi francais juga, francaisor dapat menikmati rangkaian pemasaran produk
dan perkhidmatannya yang lebih besar serta memungkinkan peningkatan pengeluaran
dan pengedaran yang lebih pesat. Melalui sistem francais, francaisor juga dapat
mengelak daripada mengadakan struktur kakitangan yang besar, termasuk membayar
gaji pengurus dan kakitangan cawangan yang ramai. Tempat mereka diganti dengan
francaisi-francaisi yang merupakan pemilik dan pengusaha perniagaan mereka
sendiri yang pastinya mempunyai motivasi dan semangat juang yang lebih tinggi.
Hal ini bermakna francaisor dapat memindahkan sebahagian tanggungjawab
menjalankan kajian berdaya maju, pemilihan lokasi, latihan kakitangan,
pengiklanan tempatan dan lain-lain kerenah pentadbiran kepada pemilik dan
pengusaha tempatan, iaitu francaisi. Ramai
beranggapan bahawa perniagaan francais merupakan cara termudah untuk memulakan
perniagaan, pasti menguntungkan, jenama terkenal, mendapat latihan mantap dari
francaisor, dan sebagainya. Sebenarnya apabila seseorang usahawan telah
terlibat secara langsung dengan perniagaan francais barulah mereka akan merasai
baik buruk perniagaan ini. Sebelum memilih untuk menjadi francaisi sesuatu
sistem perniagaan francais, amat wajar sekiranya para usahawan meneliti
perkara-perkara berikut. Kegagalan untuk mematuhi satu daripada perkara-perkra
berikut akan menyebabkan kegagalan malahan ianya juga boleh mengakibatkan
bankrap. Sepertimana yang diketahui bahawa modal bagi memulakan sesuatu
perniagaan francais adalah besar.Oleh itu, tidak semua orang mampu untuk
menjalankan perniagaan ini walaupun mampu memberi pulangan yang lumayan. Di
samping berbekalkan modal permulaan dengan menggunakan wang daripada simpanan
bakal usahawan, terdapat juga sumber kewangan yang boleh diperolehi melalui
pinjaman yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensi yang
dilantik secara khusus ataupun tidak untuk mengembangkan sistem perniagaan
francais, antaranya yang paling rapat dengan perniagaan ini adalah Pemodalan
Nasional Berhad (PNS) iaitu agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). KPDNKK telah ditubuhkan pada 27
Oktober 1990 bermatlamat untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam
negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.Pada tahun 2009,
peranan dan fungsi kementerian telah diperluaskan untuk merangkumi sektor francais
dan koperasi. Salah satu agensi di bawah KPDNKK yang terlibat secara langsung
dengan perniagaan francais adalah PNS.Peranan PNS adalah untuk menerajui
pembangunan industri francais di Malaysia.PNS mempunyai sasaran untuk menerajui
perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan
francais, melalui kepakaran dalam memberikan perkhidmatan serta produk-produk
yang berkualiti PNS juga berperanan di dalam mempelopori dan menerajui
pertumbuhan industri francais negara demi merealisasikan matlamat untuk
melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang perniagaan francais. Salah satu
objektif utama PNS adalah untuk membangunkan produk tempatan dan
mengembangkannya ke luar negara.PNS juga menyediakan khidmat nasihat dan
skim-skim khas bagi francaisor dan francaisi serta mengalu-alukan rakan
francais ke Malaysia ( Jaafar Ali, 2013 ). Di bawah PNS terdapat beberapa skim
pembiayaan pinjaman bagi perniagaan francais yang boleh dimanfaatkan oleh
bakal-bakal francaisi antaranya adalah Skim Pembiayaan Francaisi dan Skim
Pembiayaan Eksekutif dengan saiz pinjaman sehingga RM1 juta. Dalam pada itu,
terdapat banyak agensi kerajaan yang turut menyediakan kemudahan pembiayaan
pinjaman secara tidak langsung untuk memula dan mengembangkan lagi perniagaan
francais antaranya, SME Bank, Majlis Amanah Rakrat (MARA), Tabung Ekonomi Usaha
Niaga (TEKUN), dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Panduan kepada usahawan untuk
memilih perniagaan francais adalah sebelum mengambil keputusan untuk memilih
sesuatu perniagaan francais, beberapa perkara perlu diambil kira dan
dipertimbangkan supaya pemilihan yang dilakukan adalah tepat dan seterusnya
boleh menguntungkan francaisi dalam jangka panjang. Perkara-perkara yang perlu
dipertimbangkan adalah seperti bakal francaisi perlu menentukan apakah jenis
perniagaan yang ingin diceburi dan pilih jenis perniagaan yang sesuai dengan
minat dan kemahiran yang ada ( Ismail Mohamad, 2013 ). Kejayaan Perniagaan
Francais sebenarnya banyak bergantung kepada hubungan yang baik antara
francaisor dengan francaisi. Hal ini sangat penting kerana perniagaan francais
yang telah terbukti mempunyai peratusan kadar kejayaan yang tinggi akan memberi
peluang terbaik untuk francaisi turut berjaya dalam perniagaannya. Ini termasuk
juga kadar pertumbuhan perniagaan, iaitu kadar pertumbuhan perniagaan yang
boleh diukur dengan bilangan ‘outlet’ yang telah dibuka oleh francaisor
tersebut. Ia merupakan petunjuk yang baik untuk menilai keuntungan dan potensi
peluang francais yang disediakan oleh francaisor. Keuntungan syarikat juga
merupakan sistem sokongan yang mampu memajukan lagi sistem francais. Kedudukan
kewangan syarikat francais boleh dilihat dari laporan tahunan yang dikeluarkan
dan syarikat yang menunjukkan keuntungan yang tinggi dan berterusan memberi
jaminan bahawa francaisi akan mendapat sokongan berterusan. Selain itu,
pengalaman perniagaan juga berfungsi sebagai sistem sokongan penting kepada
perniagaan francais. Perkara ini sangat penting kerana pengalaman perniagaan
adalah elemen utama untuk meminimakan risiko pelaburan. Ini bermakna perniagaan
francais yang hendak dipilih perlu mempunyai rekod kejayaan dan pertumbuhan
yang baik untuk beberapa tahun. Termasuk juga dalam sistem sokongan perniagaan
francais ialah saiz sistem rangkaian. Syarikat francais yang mempunyai saiz
sistem rangkaian yang besar dan bersistematik boleh memberi kebaikan dari segi
ekonomi bidangan (belian stok, iklan dan lain-lain). Hal ini turut mempengaruhi
kedudukan syarikat dalam Industri . Hal ini menjelaskan kepada francaisi bahawa
mereka mestilah memilih syarikat yang menjadi ‘leader’ dalam industri tertentu
supaya perniagaan boleh terus bertahan walau dalam keadaan ekonomi yang tidak
baik. Rekabentuk dan hiasan dalam outlet turut berfungsi sebagai sistem
sokongan yang akan menentukan kejayaan perniagaan francais. Hal ini bermakna
francaisor yang bertanggungjawab juga akan membekalkan kemudahan dan bantuan
dalam menyediakan rekabentuk dan hiasan dalam outlet untuk memastikan bahawa
outlet francaisi adalah seragam dengan konsep francais keseluruhannya. Dalam
hal ini, sistem sokongan yang berterusan terutama dalam aspek teknikal dan
operasi dari pihak francaisor amat penting dalam perniagaan francais. Pihak
francaisor perlu menentukan hak kewilayahan kepada setiap francaisi supaya tidak
timbul masalah persaingan di antara sesama perniagaan francais di dalam wilayah
yang sama. Saiz wilayah tersebut bergantung kepada kepadatan penduduk,
demografi dan bilangan pelanggan yang diperlukan oleh francaisi untuk menyokong
perniagaan outletnya. Seterusnya, sistem sokongan yang paling penting untuk
menjayakan perniagaan francais ialah sumber kewangan. Bantuan kewangan atau kos
untuk perniagaan francais biasanya adalah tinggi dan amat berbeza dengan sumber
modal untuk menjalankan perniagaan sendiri. Perkara ini tidak dapat dielakkan
kerana kita memulakan perniagaan dengan menggunakan jenama yang telah sedia ada
di pasaran. Kos yang dimaksudkan ini termasuklah yuran francais, sewa premis
dan peralatan, bekalan dan stok dan lain-lain perbelanjaan. Jika francaisor
tersebut benar-benar ingin melihat kejayaan francaisinya, seharusnya ia
membantu francaisi dari segi kewangan seperti penyewaan peralatan, membekalkan
stok perniagaan dengan cara kredit dan lain-lain.
6. Cabaran/halangan yang dihadapi oleh francaisi dan francaisor di Malaysia.
Kos untuk
mendapatkan hak menggunakan jenama dan bantuan dari francaisor adalah tinggi
dan francaisi perlu membayar kos-kos seperti :
I.
Yuran Francais – Yuran
francais adalah dalam satu jumlah yang besar dan tidak dikembalikan. Francaisi
juga perlu membayar kos sewa, deposit, pembelian aset dan pengubahsuaian kedai.
II.
Royalti Bulanan – Royalti
dibayar mengikut peratus jualan bulanan. Francaisi perlu membayar royalti
walaupun tidak memperolehi keuntungan, walaupun francaisor tidak membantu
perniagaan francaisi kerana francaisi menggunakan jenama francaisor tersebut.
Di Malaysia,
terdapat isu berkenaan bayaran royalti ini di mana agensi kerajaan iaitu Perbadanan
Nasional Berhad (PNS) (badan bertindak untuk francais Malaysia) mengarahkan
supaya pembayaran royalti tidak lebih dari 5% jumlah jualan bulanan francaisi.
; Yuran Iklan – Yuran iklan yang dibayar digunakan oleh francaisor untuk
mengiklankan jenama produk atau perkhidmatan dan untuk menarik lebih ramai
francaisi. Tetapi ianya mungkin tidak mempromosikan perniagaan francaisi
tersebut. Tambahan pula, pelaburan modal permulaan perniagaan francais yang
besar menjadikan bentuk perniagaan ini lebih eksklusif dan sukar untuk bakal
usahawan menceburi dan memasuki pasaran seperti ini. Untuk menjaga keseramanan,
francaisor akan mengawal perniagaan francaisi. Kadang-kala, tindakan ini
menghalang francaisi untuk bebas berniaga. Halangan-halangan yang wujud seperti
pemilihan lokasi juga menjadi satu isu dalam sistem francais. Pemilihan Lokasi
bermaksud pihak francaisor akan memilih lokasi yang difikirkan sesuai dengan
perniagaannya dan lokasi tersebut mungkin tidak sesuai dari sudut pandangan
francaisi. Di dalam banyak kes, francaisi akan mencadangkan lokasi kepada
francaisor. Francaisor akan melawat lokasi tersebut dan memberi pendapatnya
samaada sesuai atau tidak. Jika tidak, Francaisor akan membantu mencari kawasan
yang difikirkan strategik. Berkaitan dengan aspek hiasan dalaman dan konsep
perniagaan pula, terdapat francaisor yang akan menukar hiasan dalaman dan
konsep perniagaan mengikut musim. Jadi, kos renovasi dan pengubahsuaian
tersebut mungkin tidak mampu untuk ditanggung oleh francaisi. Kebiasaannya,
francaisor akan selalu menukar konsep perniagaan, uniform serta sistem
komputer.Francaisor juga akan mengawal setiap produk dan perkhidmatan
perniagaan francaisi. Jadi, francaisi tidak boleh menjual produk dan
perkhidmatan selain daripada francaisor. Ada juga kes di mana francaisor
menghadkan bilangan stok yang dijual. Misalnya baju saiz S, francaisor hanya
membekalkan 10 helai sahaja. Apabila baju tersebut habis, francaisi menempah
dari francaisor, tetapi francaisor tidak memberi stok yang diminta. Apabila
berlaku kes sedemikian, francaisi boleh mencuba meminta stok daripada francaisi
lain. Kes seperti ini sebenarnya tidak dinyatakan dalam perjanjian francais.
Jadi, pihak francaisi perlu berhati-hati. Francaisor mengawal waktu operasi
perniagaan, uniform pekerja, iklan serta promosi dan juga prosedur perniagaan.
Harga jualan juga dikawal sehingga francaisi tidak dapat memberi diskaun kepada
pelanggan. Pengedar juga perlulah terdiri daripada pengedar yang diluluskan
oleh francaisor, walaupun francaisi boleh mendapatkan barang daripada pengedar
yang lebih murah. Berdasarkan aspek ini, dicadangkan agar francaisi mencari
francaisor yang memberi ruang untuk kemukakan idea francaisi sendiri dan
memberi kebebasan untuk francaisi berniaga demi perniagaan mereka. Kawalan ini
bertujuan untuk menggelak daripada bersaing dengan francaisi lain. Selain itu,
ia juga bertujuan untuk menghalang francaisi membuka cawangan lain atau
berpindah ke lokasi lain. Francaisor juga mempunyai hak untuk menghalang
francaisi membuat website sendiri. Kelemahan akta dan peraturan sedia ada
menjadi duri dalam daging kepada pembangunan industri francais di Malaysia dan
perlu dicungkil segera supaya tidak menjejaskan kemajuannya.Kelemahan-kelemahan
yang ada telah memburukkan imej sistem francais sehingga dilihat sebagai sistem
yang menipu dan banyak pihak yang tertipu terutamanya usahawan baharu, kata
sebuah syarikat perunding francais tempatan. Keadaan berkenaan timbul kerana
ketiadaan dokumen zahir atau prospektus disediakan untuk membolehkan pemohon (bakal
francaisi) mengetahui maklumat terperinci tentang francaisor dan produknya. Apa
yang berlaku sekarang, perkara tersebut dipandang ringan serta ketiadaan garis
panduan khas disediakan kerajaan menyebabkan penyediaan prospektus dilakukan
secara sambil lewa dan bakal mengundang masalah. Permasalahan ini menyebabkan
sistem francais dipalitkan dengan kecaman-kecaman yang negatif sehingga
membantutkan usaha untuk mengembangkan sistem berkenaan. Perlu ada prospektus
yang lengkap untuk memberikan penerangan sejelas-jelasnya kepada francaisi
tentang latar belakang francaisor, prestasi kewangan, status perundangan,
potensi francais dan beberapa maklumat lagi.Jika semua maklumat ini tidak
didedahkan, maka timbul masalah seperti francaisi tertipu dan mengalami kerugian
selepas memeterai perjanjian francais. Berdasarkan Akta Francais, prospektus
perlu diserahkan 10 hari sebelum menandatangani dokumen dan tujuh hari waktu
bekerja ditetapkan untuk masa menunggu sebelum proses disahkan. Sikap buruk
usahawan atau bakal francaisi pula adalah tidak mahu membaca terma perjanjian
terlebih dahulu dan pada masa yang sama pihak francaisor juga tidak memberikan
penerangan secara terperinci tentangnya. Oleh itu, apabila timbul masalah,
kedua-dua pihak akan saling menuding jari dan akhirnya yang dipersalahkan adalah
sistem francais itu sendiri. Francaisi juga mudah dikhianati oleh pihak
francaisor yang tidak jujur dan tamak. Misalnya, pada peringkat permulaan,
pihak francaisor memberi kebenaran dan hak pengoperasian perniagaan francais
kepada francaisi terutamanya pengoperasian perniagaan itu berjalan di kawasan
yang kurang membangun. Apabila perniagaan francais berkenaan di kawasan itu
meningkat maju dan terkenal, pihak francaisor mengambil balik hak berniaga dan
beroperasi sendiri. Tindakan pihak francaisor sedemikian tentu sekali merugikan
francaisi yang telah bertungkus lumus untuk membangunkan perniagaannya.
Masalah-masalah itu berlaku akibat francaisi tidak mempunyai pengetahuan dan
persediaan yang cukup melibatkan diri dalam perniagaan berkenaan.Kegagalan
berlaku berpunca daripada sikap francaisi yang terlalu bergantung kepada
francaisor sedangkan untuk berjaya dalam industri itu bukan mudah. Francaisi
bukan sahaja sekadar mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan modal semata-mata
sebaliknya perlu belajar dan memahami selok-belok perniagaan yang bakal
diceburi. Francaisi perlu memenuhi pengetahuan dari aspek kewangan, simpanan,
komitmen, kemampuan dari mental dan fizikal, memiliki kepercayaan kepada produk
serta sentiasa menjalankan penyelidikan. Penglibatan serta penerusan pihak
francaisi dalam perniagaan francais adalah tertakluk kepada peraturan dan
sistem pengoperasian perniagaan yang telah ditetapkan oleh pihak francaisor.
Ini secara tidak langsung akan menyekat tahap daya kreativiti dan inovasi
francaisi terutamanya dalam aspek pengendalian perniagaannya. Kontrak francais
akan tamat sekiranya francaisi melanggar perjanjian francais. Kontrak ini sah
untuk tempoh masa yang telah dipersetujui; tiada jaminan atas pembaharuan kontrak.
Hal ini bermakna pihak francaisor boleh menamatkan kontrak sekiranya francaisi
gagal membayar royalti, gagal menunjukkan prestasi yang menguntungkan dan
lain-lain sebab yang munasabah. Segala pelaburan francaisi akan hilang apabila
kontrak tamat. Di Malaysia, setiap perjanjian francais adalah untuk 5 tahun.
Adalah dinasihatkan francaisi untuk memastikan pulangan modal francaisi tidak
sampai 5 tahun. Maksudnya, dalam tempoh 5 tahun, pihak francaisi mestilah
beruapaya untuk mendapatkan semula nilai keuntungan melalui pelaburan yang
dibuat. Pembaharuan kontrak dalam sistem perniagaan francais tidak berlaku
secara automatik. Segala terma dan syarat mungkin akan berubah. Antaranya
termasuklah kenaikan kadar bayaran royalti, membuat pengubahsuaian kedai, menggurangkan
hak wilayah dan kawalan atas jualan. Semua pembaharuan ini berkemungkinan untuk
memberi peluang kepada francaisi lain.
Meskipun
begitu, membangunkan perniagaan dan usahawan francais bukanlah satu perkara
yang mudah. Perniagaan francais secara relatifnya masih baru di negara ini dan
pastinya dalam proses pembangunan sebegini, terdapat masalah percubaan,
kematangan dan salah tanggapan. Oleh yang demikian, Kementerian Pembangunan
Usahawan dengan kerjasama erat Persatuan Francais Malaysia dan agensi-agensi
lain yang berkaitan terus giat melaksanakan program-program pendedahan dan
pendidikan, termasuk beberapa siri kempen jalanan (road-shows) yang meliputi
seminar dan pameran ke seluruh negara, kursus dan latihan pengurusan perniagaan
francais serta persidangan dan ekspo francais peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. Bagi tujuan mengawalselia industri ini juga, kerajaan telah
mewujudkan Akta Francais Malaysia 1998 yang telah dikuatkuasakan pada 8 Oktober
1999. Sistem perniagaan secara francais mempunyai masa depan yang amat cerah di
Negara kita. Perkembangan pesat dalam sistem ekonomi negara turut memajukan
lagi perniagaan secara francaisi. Namun begitu, sistem perniagaan yang berkembang
pesat dan melibatkan pihak berkepentingan pasti akan menimbulkan pelbagai
masalah dan satu daripada penyelesaian terbaik adalah dengan mewujudkan akta
atau garis panduan khas sebagai panduan. Seperti sistem perniagaan lain, sistem
francais di Malaysia turut dilindungi oleh undang-undang iaitu Akta Francais
1998 bagi memastikan industri berkenaan ditadbir dengan berkesan dan beretika.
Akta yang bertujuan untuk menyediakan proses lengkap bagi pendaftaran dan
peraturan berhubung industri francais bagi memastikan berkembang secara sistematik
untuk jangka masa panjang. Pengenalan peraturan ini adalah bagi merealisasikan
hasrat kerajaan untuk mewujudkan suasana yang kondusif dalam industri francais.
Dalam masa yang sama dapat memperolehi maklum balas industri. Selain itu, akta
berkenaan turut mengandungi dasar melindungi usahawan tempatan kerana untuk
mereka bersaing dengan jenama luar negara dalam tempoh yang singkat adalah amat
mustahil dan memastikan golongan berkenaan tidak tertipu dengan mana-mana skim
francais yang ditawarkan di pasaran. Secara umumnya, akta berkenaan merangkumi
keseluruhan elemen dalam sistem francais bagi memastikan semua pihak mendapat
manfaat secara adil dan untuk jangka masa panjang menyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi negara. Pihak yang terlibat dengan sistem ini perlu peka dan memahami
setiap aspek sistem francais, antaranya tiga elemen paling penting iaitu Hak
Harta Intelek, sistem operasi dan sistem sokongan berterusan. Hak Harta Intelek
adalah jenama yang akan digunakan dalam sesebuah perniagaan francais yang akan
menjadi aset penting dan mampu mewujudkan pelanggan setia. Semakin terkenal
jenama berkenaan semakin besar potensi pernigaan. Contohnya seperti McDonald's,
Smart Readers dan lain-lain. Elemen seperti sistem operasi dan sistem sokongan
berterusan adalah perlu kerana akan membuktikan keberkesanan model perniagaan
dan kelangsungan pertumbuhan pada masa depan. Peraturan dalam Akta Francais
dilihat mampu memberi impak positif kepada francaisor dan francaisi. Kesemua
perjanjian antara kedua-dua pihak tersebut akan didokumenkan dan dibawah Akta
Francais terdapat beberapa elemen yang perlu dijelaskan dalam perjanjian
berkenaan antaranya pendaftaran, hak, sistem operasi, tempoh masa, penamatan
perjanjian dan pelbagai lagi. Secara keseluruhannya, undang-undang dalam sistem
francais bukan hanya diamalkan di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia, cuma
berbeza mengikut keperluan sesebuah negara.
8. Penutup
8. Penutup
Secara
keseluruhannya, sistem perniagaan francais semakin berkembang maju di Malaysia.
Pelbagai aktiviti perniagaan yang berlandaskan konsep francais telah
merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan memberi banyak pilihan kepada
pengguna. Perniagaan francais mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi
negara menerusi aktiviti pembangunan usahawan serta pemindahan kepakaran,
teknologi dan idea-idea baru. Pertumbuhan rangkaian perniagaan francais juga
mampu menyediakan peluang pekerjaan, kerana umumnya perniagaan kecil dan
sederhana lebih mudah dan cepat dari segi pengambilan tenaga kerja. Sistem
francais juga boleh membantu mewujudkan budaya baru di dalam menjalankan
perniagaan dengan penekanan diberikan kepada aspek-aspek disiplin yang tinggi,
perkhidmatan pelanggan yang berkualiti, kebersihan dan keseragaman. Pemantapan
budaya perniagaan seperti ini penting bagi membolehkan perniagaan tempatan
bersaing di peringkat antarabangsa. Sistem perniagaan francais secara tidak
langsung dapat memupuk daya keusahawanan melalui proses kreativiti dan innovasi
mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak
manusia. Dalam hal ini, Ismail Mohamad (2012), menjelaskan bahawa sistem
perniagaan francais menyediakan produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh
pengguna. Dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik, francaisor dan
francaisi akan mencari kaedah yang lebih baik untuk memaksimakan sumber dan
mengurangkan pembaziran. Inilah yang menjadi teras kepada system perniagaan
yang semakin mendapat tempat dalam kalangan usahawan di negara kita pada hari
ini. Dengan ini, masyarakat akan mendapat produk (barangan) dan perkhidmatan
yang lebih baik pada harga yang lebih murah. Jelasnya, sistem perniagaan
francais membantu memperbaiki kehidupan berjuta-juta manusia melalui produk dan
perkhidmatan baru yang diperkenalkan kepada pasaran. Secara tidak langsung sistem
ini bukan sahaja berjaya melahirkan lebih ramai golongan usahawan, tetapi pada
masa yang sama turut memberikan alternatif kepada pengguna untuk mendapatkan
barangan dan perkhidmatan yang berkualiti.
9. Rujukan
1.
Ismail Mohamad. ( 2012 ) . Francais : konsep
dan perkembangannya.
Dewan
Budaya, September : 48-49.7. http://www.kpdnkk.gov.my/kpdnkkv3/images/KPDNKK/PDF/Peniaga/PIPFNBM.pdf
No comments:
Post a Comment